Yayasan Pendidikan Donald Lawan
Diambil daripada: Utusan Borneo Isnin, 16 November 2009
112 pelajar cemerlang menerima Dana Pendidikan Donald Lawan
KUCHING: Dana Pedidikan Donald Lawan berjumlah RM30,000 telah disampaikan kepada 112 pelajar cemerlang dalam majlis yang diadakan di Balai Ringin baru-baru ini. Insentif tersebut bertambah berbanding tahun lepas yang menyaksikan 32 pelajar menerima insentif berjumlah RM 7,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan menyerahkan insentif tersebut dalam majlis yang yang turut dihadiri oleh ayahnya dan merupakan pengasas dana pendidikan tersebut, Donald Lawan. Snowdan yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), berkata seramai 112 penerima tersebut adalah daripada kawasan Balai Ringin, Bukit Bangunan dan Simanggang.
Pelajar-pelajar tersebut telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2008. Snowdan berharap penyampaian insentif tersebut akan meningkatkan semangat calon peperiksaan awam pada tahun ini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Sri Aman YB Masir Kujat dan wakil daripada Pejabat Daerah, Jabatan Pelajaran dan sekolah-sekolah terlibat.







This post has one comment
November 24th, 2009
Cadangan ngagai YB SNOWDAN:-
Selain meri dana pendidikan untuk UPSR,PMR, SPM beri bantu kewangan mega ngagai anakbiak dalam sitak DUN BALAI RINGIN ti bulih keputusan cemerlang dalam STPM enggau sida ti baru deka belajar ngambi diploma/ijazah.