Taken from: Utusan Borneo Isnin, 16 November 2009

Ketua Kampung, tuai rumah diminta membantu membuat senarai.

Sri Aman: Ketua kampung atau tuai rumah  dalam kawasan Parlimen Sri Aman diminta membantu kerajaan menyenaraikan nama penduduk yang layak menerima Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) menerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat berkata, penyenaraian nama penduduk yang layak menerima SUBUR oleh tuai rumah atau Ketua Kampung di kawasan parlimen ini amat penting dilakukan sekarang sebelum kupon bantuan terbabit mula diagihkan pada bula Januari tahun 2010.

Menurutnya, penyenaraian nama penduduk yang layak untuk menerima bantuan SUBUR menerusi program e-kasih sebelum ini tidak semestinya berjaya secara menyeluruh memandangkan masih terdapat ramai penduduk yang layak namun tercicir daripada senarai tersebut.

” Oleh itu, saya mahu tuai rumah atau ketua kampung menyenaraikan nama mereka yang layak menerima bantuan berkenaan iaitu mempunyai pendapatan sebulan kurang daripada RM 830 sebulan. Mereka yang layak menerima bantuan ini haruslah merebut peluang itu dengan menghantar permohonan mereka menerusi tuai rumah atau ketua kampung sebelum dipanjangkan kepada MPPP,” ujarnya.

Komen; Ngarapka sida ti ba menua bisi berati ke pekara tu enggau manah. Asai ke ba ba menua din mayoh ke penatai pemisi baruh ari RM830.00 munyi ko YB nya. Rgi enti enggau urang minta subsidi ti bisi diberi perintah tu. Ngagai bala kitai semua ti bisi macha pekara senentang perkara tu, ulih mega ngenatai ke berita tu ngagai kaban belayan ti diau ba menua Semada din.

Terima Kasih.