Perasmian Dewan Serbaguna olih YB Tuan Masir Kujat
Perasmian Dewan Serbaguna olih YB Tuan Masir Kujat

Perasmian Dewan Serbaguna olih YB Snowdan Lawan
Perasmian Dewan Serbaguna olih YB Snowdan Lawan

Backdrop
Backdrop

Tetamu VIP
Tetamu VIP

Majlis mutung kek Biro Wanita
Majlis mutung kek Biro Wanita

 

Perasamian dewan Serbaguna Kampung Semada Belatok telah dijalankan dengan jayanya dan mengikut aturcara yang telah ditetapkan. Ketibaan YB Tuan Masir Kujat dan juga YB En. Snowdan Lawan telah disambut dengan meriah nya oleh penduduk kampung dan juga tetamu yang hadir. Program dimulakan dengan perasmian Pintu Gerbang Kampung Semada Belatok yang baru. Pintu Gerbang yang dibina sendiri oleh penduduk kampung dengan kos berjumlah RM1500.00 menggantikan pintu gerbang yang lama.

Setelah selesai perasmian pintu Gerbang, YB Tuan Masir Kujat dan YB Snowdan Lawan telah diarak ke Dewan Serbaguna sambil bersalaman dengan semua tetamu dan penduduk kampung Semada Belatok yang berbaris sehingga ke Dewan Serbaguna. Di dalam dewan, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NEGARAKU dengan iringan musik dan bacaan doa selamat oleh wakil dari Gereja Roman Katolik. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan jamuan makan tengahari.

Setelah selesai jamuan makan tengahari, majlis dimulakan semula dengan ucapan alu-aluan oleh Tuai Rumah Kampung Semada Belatok En. Tagong Anak Guyang. Selesai ucapan oleh Tuai Rumah majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YB Snowdan Lawan, diikuti oleh ucapan perasmian oleh YB Tuan Masir Kujat seterusnya merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Semada Belatok yang baru.

Dalam Ucapan yang diberikan oleh YB Snowdan Lawan, beliau memuji usaha yang telah dilakukan oleh penduduk Semada Belatok kerana telah menggunakan kemudahan Dewan Serbaguna dengan baik sekali seperti Keramaian Hari Gawai Dayak dan juga Perayaan Krismas. Menurut beliau, perkara sebegini merupakan contoh kepada penduduk lain dan jangan membazirkan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Dalam ucapan beliau juga, beliau ada menyentuh mengenai permintaan daripada Tuai Rumah berkenaan dengan permintaan api leterik 24 jam. Beliau menegaskan bahawa peruntukkan untuk api eletrik ke kampung Semada ( Belatok, Tengah dan Mawang) menelan belanja RM8 juta dan merupakan peruntukkan belanjawan yang terbesar dalam kawasan beliau berbanding dengan peruntukkan RM15 juta untuk kemudahan api eletrik bagi penduduk di sekitar jalan utama dari Balai Ringin sehingga ke Kampung Rapak, Pantu. YB Snowdan juga menegaskan bahawa peruntukkan api eletrik untuk penduduk di sekitar jalan utama akan dimulakan dalam tahun ini (2009) dan untuk Kampung Semada, projek tersebut akan di jalankan pada tahun 2010 nanti. Disamping itu juga tegas beliau, beliau sentiasa perihatin dengan masalah penduduk kampung dan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam majlis tersebut juga  YB Snowdan menyampaikan projek MRP ( Mini Rural Projek) kepada 5 buah kampung yang lain. YB Snowdan juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM2000.00 kepada Biro Wanita Kampung Semada belatok untuk projek kraftangan dan juga bantuan Tangki ai sebanyak 7 buah. Dua buah untuk Kampung Semada Tengah dan Semada Mawang dan 5 buah untuk 5 orang penduduk Kampung Semada Belatok yang baru mendaftar sebagai penduduk.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB Tuan Masir kujat. Dalam ucapan perasmian beliau, belaiau berharap agar semua biro dan JKKK kampung sentiasa menjaga harta yang telah diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin. Tegas beliau, JKKK kampung hendaklah bersama-sama menjaga Dewan Serbaguna yang baru ini agar ia nya dapat digunakan untuk satu jangka waktu yang lama oleh penduduk kampung. Dalam ucapan beliau juga, beliau menyampaikan projek MRP sebanyak RM5000.00 kepada JKKK Kampung Semada Belatok untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan.

Program perasmian Dewan Serbaguna Kampung Semada Belatok berakhir jam 4.00 petang dengan kepulangan oleh Yang Berhormat. Bagaimanapun penduduk kampung dan para tetamu yang hadir masih meneruskan lagi majlis dengan program karaoke selepas kepulangan yang berhormat untuk tujuan mencari dana kepada tabung JKKK kampung.